(**¯`•._..)))♥ Borak - borak ♥(((**)))

LAGU SK MELUGU ----> Klik di sini
0 komen

Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan 2009

5hb dan 6hb November merupakan tarikh bermakna buat SK Melugu kerana pada hari tersebut
SK Melugu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan. Majlis diadakan dalam dua Fasa iaitu Fasa 1 pada 5hb (Khamis) yang melibatkan hadiah-hadiah
bagi peringkat sekolah samada penyertaan dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Manakala pada hari Jumaat 6hb merupakan fasa kemuncak kerana dirasmikan oleh YB Tuan Masir Kujat ahli parlimen Sri Aman (P202) YB Tuan Masir menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang bagi anugerah akademik, hal ehwal murid dan ko-kurikulum. YB Tuan Masir juga sudi memberikan geran kewangan berjumlah RM5000 kepada PIBG sekolah. Gurubesar En Awang Azahari Hj Awang Ahmad berpuashati dengan perjalanan majlis dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
read more
0 komen

Misi, Visi, Motto dan Slogan

MISI SEKOLAH
Untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah agar dapat melahirkan insan yang bermutu dan berakhlak mulia.

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Melugu menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum dalam Bahagian Sri Aman menjelang 2011.

MOTTO

Berilmu, Berusaha dan Berbakti

Berilmu- melahirkan murid-murid yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan
Berusaha- sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
Berbakti- sentiasa bersedia berkhidmat kepada sekolah, bangsa, agama dan Negara.

SLOGAN

bersama mengembeling tenaga mencapai kecemerlangan pendidikan
read more
0 komen

Bilik Darjah & Enrolmen

Bilik darjah adalah senyak 14 buah bilik.
  1. Pra Sekolah (Tekun & Cekal)
  2. Tahun 1 (Indah & Permai)
  3. Tahun 2 (Cantik & Molek)
  4. Tahun 3 (Makmur & Sentosa)
  5. Tahun 4 (Aman & Damai)
  6. Tahun 5 (Maju & Jaya)
  7. Tahun 6 (Tabah & Yakin)
ENROLMEN (374 orang pelajar)
  1. Pra Sekolah (49 orang)
  2. Tahun 1 (49 orang)
  3. Tahun 2 (42 orang)
  4. Tahun 3 (61 orang)
  5. Tahun 4 (49 orang)
  6. Tahun 5 (65 orang)
  7. Tahun 6 (59 orang)
read more
0 komen

Latar Belakang Pelajar SK Melugu

Pelajar SK Melugu terdiri daripada:
  • 225 orang (harian)
  • 149 orang (asrama)

Pelajar ini tinggal di kawasan Sri Aman dan juga kampung-kampung berhampiran seperti di Po ai, Melugu Skim dan sebagainya.
  1. 24 BUAH RUMAH PANJANG
  2. QRTS SEKOLAH
  3. RUMAH SENDIRI
  4. RUMAH (Ladang Skim)



read more
0 komen

Maklumat Asas Sekolah

SK MELUGU (YBB2104)
Data seperti pada : 31 MEI 2009

KEDUDUKAN SEKOLAH

Jabatan Pelajaran Negeri : SARAWAK
PPD/PPG/PPDK : PPG SRI AMAN
Kod PKG : PKG SRI AMAN
Majlis Bandaran/Kerajaan Tempatan : Majlis Daerah Sri Aman
Daerah Pentadbiran : Sri Aman
Kawasan Parlimen : Sri Aman
Dewan Undangan Negeri : Bukit Begunan
Bandar/Pekan Terdekat : SRI AMAN
Mukim : TIADA


Kod Sekolah Nama Sekolah Jarak (km)
Sekolah Rendah Terdekat : YBB2108 SK SELEPONG 8
Sekolah Menengah Terdekat : YEE2102 SMK MELUGU 1


read more