(**¯`•._..)))♥ Borak - borak ♥(((**)))

LAGU SK MELUGU ----> Klik di sini
0 komen

Hari Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan 2009

5hb dan 6hb November merupakan tarikh bermakna buat SK Melugu kerana pada hari tersebut
SK Melugu telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kecemerlangan. Majlis diadakan dalam dua Fasa iaitu Fasa 1 pada 5hb (Khamis) yang melibatkan hadiah-hadiah
bagi peringkat sekolah samada penyertaan dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum. Manakala pada hari Jumaat 6hb merupakan fasa kemuncak kerana dirasmikan oleh YB Tuan Masir Kujat ahli parlimen Sri Aman (P202) YB Tuan Masir menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang bagi anugerah akademik, hal ehwal murid dan ko-kurikulum. YB Tuan Masir juga sudi memberikan geran kewangan berjumlah RM5000 kepada PIBG sekolah. Gurubesar En Awang Azahari Hj Awang Ahmad berpuashati dengan perjalanan majlis dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat.
read more